+ buku baru +

tidak rajin tidak tahu,
lepas hilang belajar baru,
dua buku ku tutup,
dua lagi ku buka cari ilmu.

dua cerita habis,
dua cerita mula,
belajar sampai habis,
ku cari semua rahsia.

kitab jilid tebal,
belajar ilmu kebal,
salah jalan sesat,
berjaya belajar dapat.

satu belum khatam,
satu lagi menutup,
kita bukan ketam,
ku tahu rahsia kamu gugup.

aku ada suka,aku ada minat,
kalau tidak tulus,
mana sayang mahu lekat.

dua permainan bermula,
satu ku terima,
satu makin hebat,
mana sempat aku rembat.

yang datang masih datang,
yang pergi ku biarkan,
tahun baru sudah matang,
dua sejoli berarakan.

dua buku baru kini aku bersuara,
selamat tahun baru ku ucap pada mereka,
yang baik dari tuhan,yang buruk dari aku,
kalau silap dan salah ampunkan aku disitu.

Comments

Popular Posts