+ Pergi Jauh +
Nite all.. ya,malam yg sejuk dan romantic yang aku rindu.. rasa macam nk pergi jauh..jauh dari tipu daya dunia metropolitan..yang selalu aku risau dan runsing untuk berada disini.. pergi jauh dari segala kerumitan palsu,bongkak manusia,nafsu dan hasad dengki manusia.. pergi suatu tempat yang punya pantai,yang punya bunyi ombak,angin yang bertiup sayu ke muka.. pergi ke tempat yang aku bebas dan tenang.. tepi pantai diteman unggun api yang marak,bunyi kayu terbakar rentung.. disitu boleh mengenang segala yang silam,dan segala yang diperolehi sekarang..segala penat lelah..dan pandang jauh ke laut..ditemani bunyi ombak yang sedih dan sunyi..tutup mata sebentar,mungkin teringat yang lama,tersenyum kerana segala rintangan dah berjaya aku tempuh.. berfikir terus berjalan dengan hidup baru yang masih asing..ditemani oleh hati yang tidak asing..disitu tempat ubat muram durja..pergi jauh dari sini,disini susah hati,disitu kita bermimpi..
Comments
Post a Comment