+Mimpi yang Terlalu Indah+

Selamat Malam... Malam nie aku menulis dengan menggunakan segala pemikiran dan segala rasa yang aku ada... Aku rasa masih bnyk yang aku perlu belajar...dimana aku masih mencari siapa diri aku yang sebenar dlm dunia palsu ini... bagi aku jangan biarkan dunia ini membentuk siapa diri aku,biar diri aku yang membentuk dunia ini...Aku masih keliru dan masih mengejar haluan mana yang aku akan ikut,Aku masih tidak tahu apa sebenarnya didalam dunia ini yang aku mahu.. Adakah aku mahu segala yang aku punya sekarang,atau aku mahu lebih? Aku sendiri tidak pasti..aku ingin kan masa depan yang aku selesa,gembira dan tidak palsu...Tapi aku tahu aku manusia,kadang kala mimpi aku terlalu indah tidak dapat aku capai...Semua yang melihat aku,adakah mereka kenal siapa aku yang sebenarnya? adakah mereka tahu apa yang aku lalui,apa di fikiran aku? sudah tentu tidak...Manusia satu satunya makhluk yang ringkas tetapi penuh dengan kotak teka teki,kerana manusia itu keajaiban yang tuhan cipta... Aku bahagia sekarang dengan kehidupan yang aku lalui...tetapi aku sering dibayangi kisah lampau yang buat aku takut pada kehidupan aku...Kadang kala aku memerlukan masa utk diri aku sendiri..utk aku berfikir dan kenang kembali,dan belajar siapa diri aku... dan aku minta maaf pada semua kerana aku tidak boleh jadi sesuatu yang sempurna... harap semua menerima kelebihan dan kelemahan aku... dan kadang kala juga aku rapuh dan lemah dimana ada saat saat aku memerlukan hanya seseorang yang mempercayai aku... dan aku tahu kehadiran aku didunia ini ada gunanya... dan ada sebabnya...cuma aku punya mimpi mimpi yang terlalu indah dan jarang sekali aku capai dan genggam... Selamat Malam... :(

Comments

Popular Posts