+Penat Semua +

Banyak yang ku pikirkan dalam minda yang peta,
yang sentiasa bergerak tidak jmpa jalan keluar,
Semua seperti terhalang ditengah -tengah,
tiada keputusannya walau peluh keluar.

Fikiran ku bagai jalan yang punya teka teki sukar,
cuba jatuhkannya dengan penuh idea,
Yang bernas ku cuba bagi mereka hanya biasa,
Kadang kala ku lelah tidak aku tahu mengapa.

Manusia tidak punya kepuasan dengan segala,
Tapi aku rasa apa yang aku rasa,
keinginan itu adakah nafsu pada jiwa,
atau aku akan mencapai semua dan segala.

Aku cuba dan terus mencuba,
otak kecut tangan lenguh hati pula luluh,
semua segala keseluruhannya sukar,
mungkin dalam pemikiran sahaja bukan sebenar.

Aku dijatuhkan dipandang mereka,
mungkin mereka bertanya siapa diri aku sebenar,
omong kosong atau berisi sempurna,
Mungkin hanya rupa dari luar?

Mungkin juga mereka rasa aku seperti pendekar,
Kekuatan aku juga perlu punya penyandar,
Bukan bergerak seorang kuat nya kuda-kuda,
Namun ku sentiasa bangun dari jatuh dan mula dari bawah.




Comments

Popular Posts