+ CUKUP BAGI AKU +


Kadang kala aku tidak faham akan apa yang dunia ini mahu mengajar aku. Aku terasa jauh dari masa lalu dan rindu akan semuanya. Bukannya aku mahu pinta lebih dari yang aku punya, cuma kadang kala aku terpikir pengalaman hidup terlalu pedih dan singkat. Kita semakin tua bukan lagi muda seperti dahulu. Umur yang meningkat mengajari aku erti dunia ini yang tidak sempurna. Puas sudah aku mencari kesempurnaan yang menyebabkan aku rasa kosong dan jauh dr alam yang sebenar. Kini aku mengerti kesempurnaan yang dicari dalam dunia ini tidak pernah wujud, kepuasan yang dicari dalam dunia ini tiada, dan aku mengerti apa yang aku miliki ini hanya sementara. Semua pengalaman lalu sering bermain dalam fikiran, walau bagaimana aku campak jauh, ia kadang kala singgah dan menghantui, tetapi kesilapan lama itu aku jadikan pengajaran, dan segala kegagalan aku jadikan penaik semangat supaya maju melangkah kehadapan. Yang lepas itu ada pahitnya teramat terasa dimana ia menjadikan yang sekarang dan masa hadapan itu semanis yang aku inginkan. Kalau dulunya aku sentiasa resah, baran, sakit hati, tidak sabar, terganggu, tetapi sekarang aku lebih tabah, sabar, dan kuat. Aku sendiri belajar dari masa lalu. Aku belajar, yang senang itu ada susah nye, yang cantik itu ada buruknya, yang lama itu berlalu dengan pantas, masa itu... terlalu singkat, sayang itu bukan dari kesempurnaan tetapi dari talian perhubungan yang harus aku bina dan usaha yang paling tepat ialah sayang itu terima. Bila kita mengejar sesuatu yang kita rasa sempurna didalam dunia ini, bagi aku sememangnya tidak akan aku dapat. Sudah aku lalui, bukan hanya borak kosong. Aku akui sekarang ini lebih baik dari masa lalu. Banyak perubahan pada aku walau tidak sempurna, aku cuba yang terbaik. Cuma kadang kala aku ingin teriak dengan kuat agar semua dapat dengar. Aku ingin teriak " LIHATLAH AKU! AKU BUKAN LAGI SEPERTI DAHULU! AKU SUDAH BERUBAH! KAMU SEMUA RUGI KERANA MEMPERKECILKAN AKU DIMASA LALU!" ... Ini apa yang aku ingin luah.. biar mereka yang memandang rendah aku dari segala segi akan malu dan menyesal. Walau dunia ini tidak adil tetapi tuhan itu maha adil. Aku percaya padaNYA. Walau sunyi ada yang mengubati. Apa lagi yang aku mahu dalam dunia ini.. aku bersyukur.. aku punya keluarga, punya rakan yang memahami, aku punya cinta yang menemani, ini semua sudah mencukupi bagi aku..syukur alhamdulillah...:) terima kasih kepada en.yoe yang bnyk mengajar aku tentang diri aku, terima kasih kepada en.boy yang bnyk mengajar aku tentang ketidaksempurnaan dunia ini, dan terima kasih kepada cinta aku yang bnyak mengajar aku tentang menerima, mengajar, bersama, usaha, dan kekuatan hati. Nuraien..I <3 p="" u..goodnite..="">

Comments

Popular Posts